Malaysia mudah libas India
Malaysia mudah libas India

Kuala Lumpur: Skuad berpasukan sepak takraw negara selangkah ke ke suku akhir selepas membuka tirai Kumpulan B dengan membenam cabaran India 3-0 pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.
Dengan meletakkan sasaran ke final, ketiga-tiga trio negara berjaya mempamerkan permainan meyakinkan terutama membabit gandingan pertama yang dibarisi Haziq Hairul Nizam (tekong), Noraizat Nordin (perejam) dan Zuleffendi Sumari (pengumpan).
Mereka berjaya mencatat kemenangan 15-10, 15-10 ketika berdepan Wahengbam Henary Singh (tekong), Bobby Kumar (perejam) dan Sorokhaibam Malemnganba Singh (pengumpan).
Kemenangan Malaysia disahkan melalui trio sensasi negara, Farhan Adam (pengumpan), Syahir Rosdi (tekong) dan Azlan Alias (perejam) yang menumpaskan Arun (tekong), Yumnam Akash (perejam) dan Ram Kumar Sharma (pengumpan) 15-10, 15-12
Mata ketiga disumbangkan trio ‘Pantai Timur’, Zulkifli Abd Razak (tekong), Aidil Aiman Azwawi (pengumpan), Afifuddin Razali (perejam) selepas mereka mengalahkangandingan Amarjt Singha (tekong), Ashish (perajam), Khunaijam Holendro Singh 15-3, 15-5
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
Malaysia akan meneruskan aksi kedua peringkat kumpulan apabila berdepan Myanmar pada jam 8 malam untuk penentuan juara kumpulan.
Pengurus pasukan sepak takraw negara, Datuk Abu Jimi Samat berkata, Malaysia perlu berwaspada apabila berdepan Myanmar esok walaupun beraksi di laman sendiri.
“Berdasarkan pemerhatian kita sebelum ini dengan rekod pertandingan ataupun rekod perlawanan yang pernah kita jumpa, ia tidaklah mendatangkan situasi yang berat sangat kepada pasukan negara.
“Tapi oleh kerana prestasi mereka dalam beberapa acara yang sebelum ini, memberikan cabaran yang cukup kuat khususnya kepada regu kita dan jadi kita tidak boleh memandang mudah,” katanya.
Malaysia mudah libas India
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Sebarang Tindakan Halang Tugas Media Tidak Wajar Berlaku’ – Aznan
- Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu
- UMNO Johor Tidak Leburkan Identiti Perjuangan Demi Kepentingan Politik Jangka Pendek
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.