Juara dunia mudah ke pusingan kedua
Juara dunia mudah ke pusingan kedua

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei dijangka tidak berdepan masalah untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir Masters Malaysia 2026 selepas mempamerkan aksi meyakinkan di pusingan pertama hari ini.
Beraksi di Unifi Arena, pasangan negara itu hanya memerlukan 24 minit untuk menewaskan wakil Kanada, Johathan Bing-Crystal Lai 21-6, 21-14.
Kemenangan mudah itu memberi kelebihan buat Tang Jie-Ee Wei yang dapat menjimatkan tenaga menjelang aksi pusingan kedua.
Lebih menarik, lawan yang menanti mereka selepas ini iaitu pasangan Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah terpaksa mengharungi pertarungan tiga set sebelum mengesahkan kemaraan.
Amri-Nita terpaksa beraksi selama 59 minit sebelum menewaskan wakil India, Rohan Kapoor-Gadde Ruthvika Shivani 21-15, 20-22, 21-10 untuk menempah slot bertemu beregu negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
Tang Jie mengakui ia permulaan baik buat mereka, namun percaya masih banyak aspek perlu diperbaiki menjelang aksi seterusnya.
“Saya rasa ini permulaan yang baik untuk kami, tapi kena buat lebih baik lagi untuk perlawanan esok. Harap yang terbaiklah,” katanya.
Menurut Tang Jie, mereka tidak terlalu memikirkan siapa lawan yang bakal dihadapi kerana fokus utama tetap kepada corak permainan sendiri.
“Sama saja macam lawan yang pernah jumpa. Kami cuma fokus kepada diri sendiri dan cuba tunjukkan kekuatan kami bila masuk gelanggang,” katanya.
Juara dunia mudah ke pusingan kedua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Sebarang Tindakan Halang Tugas Media Tidak Wajar Berlaku’ – Aznan
- Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu
- UMNO Johor Tidak Leburkan Identiti Perjuangan Demi Kepentingan Politik Jangka Pendek
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.