Jun Hao, Justin ‘bungkus’ awal

Jun Hao, Justin ‘bungkus’ awal

Jun Hao, Justin 'bungkus' awal
JUN Hao beraksi menentang pemain perseorangan lelaki China, Hu Zhe An, hari ini. FOTO AIZUDDIN SAAD

Kuala Lumpur: Perjalanan perseorangan lelaki negara di Masters Malaysia 2026 berakhir awal apabila dua wakil negara, Leong Jun Hao dan Justin Hoh tersingkir seawal pusingan pertama di Unifi Arena, hari ini.

Tumpuan terarah kepada Jun Hao yang dilihat masih bergelut dengan isu melandanya apabila tewas straight set 19-21, 21-23 kepada pemain China, Hu Zhe An.

Kekalahan itu nyata mengecewakan buat pemain ranking ke-25 dunia itu memandangkan lawannya hanya berada di kedudukan ke-69 dunia.

Jun Hao bagaimanapun menegaskan dia cuba kekal fokus sepanjang perlawanan walaupun mengakui sedikit terganggu dengan situasi yang dihadapinya ketika ini.

“Mindset saya tetap fokus kepada perlawanan hari ini. Kalau cakap tak terganggu memang tak betullah. Tapi saya tetap cuba fokus kepada permainan saja,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Warisan Dato’ Onn dan Seruan Baharu Penyatuan Bangsa


Menurut Jun Hao, beberapa mata penting pada penghujung permainan gagal dimanfaatkan walaupun dia sudah memberikan aksi terbaik.

“Saya rasa pada hujung permainan itu beberapa kali saya dah cuba lakukan yang terbaik tapi dia tetap dapat kembalikan bola. Itu yang buat saya agak susah nak atasi beberapa mata penting,” katanya.

Jun Hao sebelum ini terpalit dengan isu disiplin apabila beberapa kali tidak menghadiri sesi latihan atas sebab masalah peribadi yang dihadapinya.

Dia selepas ini dijadualkan meneruskan kempen ke kejohanan di Singapura sebelum beraksi di Indonesia.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Justin Hoh turut gagal meneruskan cabaran selepas tewas kepada pemain Indonesia, Anthony Ginting 16-21, 14-21.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak


Justin mengakui pengalaman menjadi pemisah antaranya dengan Ginting dan dia perlu melipatgandakan usaha untuk terus melakar keputusan lebih positif.

Kali terakhir Malaysia muncul juara perseorangan lelaki di Malaysia Masters adalah pada 2016 menerusi Datuk Seri Lee Chong Wei manakala kali terakhir negara mempunyai wakil di pentas akhir adalah menerusi Lee Zii Jia pada 2024.

Jun Hao, Justin ‘bungkus’ awal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenyataan Dap Timbulkan Persoalan Besar – Adnan Seman

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker