Ismail Sabri mendapat sokongan penuh MKT UMNO sebagai PM

Ismail Sabri mendapat sokongan penuh MKT UMNO sebagai PM

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO terus menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggalas tugas selaku Perdana Menteri.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan sebulat suara dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi turut menegaskan untuk memantapkan sokongan kepada Ismail Sabri.



Kata beliau, MKT UMNO juga telah memutuskan supaya setiap jentera parti bersiap sedia melaksanakan program menyantuni kira-kira 5.8 juta pengundi 18 tahun dan pengundi baharu.

“MKT UMNO menegaskan bahawa sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah sentiasa kekal malahan perlu terus dimantapkan.

“MKT juga telah memutuskan agar segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti berjalan dengan baik dalam membuat pelbagai program bagi menghadapi pengundi 18 tahun dan pengundi baharu yang jumlahnya kira-kira 5.8 juta orang,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ahmad Maslan dalam kenyataan sama turut mengumumkan Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang ditangguhkan sebelum ini akan dilangsungkan pada 16 hingga 19 Mac depan.



Perhimpunan Agung UMNO 2021 sepatutnya diadakan mulai hari ini hingga 15 Januari, namun ditangguhkan ekoran bencana banjir yang melanda negara.

Mengulas mengenai isu banjir, Ahmad Maslan berkata, mesyuarat MKT UMNO malam tadi turut mengambil ingatan keperluan memperbaiki masalah banjir terutama di Selangor.

Menurut beliau, Sidang Khas Dewan Rakyat pada 20 Januari ini juga diharapkan dapat mengumpulkan cadangan-cadangan bernas agar Malaysia menjadi negara yang terhinda daripada banjir-banjir besar pada masa akan datang.

“MKT UMNO ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli dan pimpinan UMNO di semua peringkat yang terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir.



“Antaranya kakitangan Ibu Pejabat UMNO; Biro Kebajikan: Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Bencana Banjir Barisan Nasional (BN); Skuad Sayang; Skuad Sabil; Wanita UMNO; Pergerakan Pemuda dan Puteri; UMNO Bahagian dan Cawangan terutama di kawasan-kawasan yang terlibat banjir,” jelas beliau.

Ismail Sabri mendapat sokongan penuh MKT UMNO sebagai PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker