Palsu sijil vaksin: Sah umrah tapi tetap berdosa – Mufti

PETALING JAYA: “Perbuatan memalsukan sijil vaksin ini lebih kurang seperti solat menggunakan telekung curi.”

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, pengambilan vaksin Covid-19 berkait rapat dengan isu diplomatik.

“Apabila ada individu yang memalsukan data seperti itu (vaksin), ia sebenarnya berkait rapat dengan isu diplomatik.

“Kita sedia maklum yang kerajaan Arab Saudi telah wajibkan vaksin jadi kita perlu turuti walaupun di Malaysia, vaksin itu tidak wajib.

“Sekarang yang menjadi persoalannya adalah tindakan mereka yang menipu dengan memalsukan sijil vaksinasi tetapi pergi buat ibadat (umrah). Mungkin ibadat itu sah namun dosa kerana menipu itu tetap ada,” katanya di sini, semalam.

Selain itu, Mohd Yusof juga berpandangan supaya Malaysia boleh mengadakan perbinca­ngan dengan kerajaan Arab Saudi berkenaan pelepasan jemaah yang tidak menerima vaksin.

“Perkara ini kita tidak tahu sejauh mana ia boleh dibincangkan, namun agak sukar jika Malaysia tidak mewajibkan vaksin tetapi untuk mereka yang hendak mengerjakan umrah perlu mengambil vaksin.

“Kita tidak wajibkan tetapi banyak pula aktiviti yang tersekat jika tidak mengambil vaksin,” katanya.

Media sebelum ini melapor­kan polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (temu janji) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan suspek baru-baru ini.

Suspek dipercayai melakukan kegiatan itu sejak September tahun lalu selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar.

Dalam tempoh berkenaan, lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 diedarkan dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600.

Malah, isu vaksin turut mendapat reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang menyelar tindakan seorang mutawif yang didakwa membawa jemaah tidak divaksin menunaikan umrah.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan tindakan yang didakwa dilakukan individu terbabit sedangkan syarat untuk menunaikan ibadah umrah adalah mesti mengambil vaksin. – UTUSAN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

https://mykmu.net/2022/01/11/hakim-berbogel-di-bilik-isteri-orang-sel

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker