MrBeast pesohor YouTube berpendapatan tertinggi lebih RM225 juta

MrBeast pesohor YouTube berpendapatan tertinggi lebih RM225 juta

Seorang pesohor media sosial bernama Jimmy Donaldson atau lebih dikenali sebagai MrBeast, dinobatkan sebagai pencipta kandungan dengan pendapatan paling tinggi di YouTube pada 2021, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Perkara tersebut dimaklumkan berdasarkan senarai majalah Forbes.

Klip video yang dimuat naik oleh Donaldson telah mencatat lebih daripada 10 bilion tontonan di salurannya dengan dia memperoleh pendapatan sehingga AS$54 juta (RM225.64 juta).

Donaldson sekali gus mengatasi pencapaian seorang pengulas permainan berusia 10 tahun, Ryan Kaji yang mendahului senarai tahunan tersebut sejak dua tahun lalu.

Dalam pada itu, gabungan 10 pesohor YouTube yang mendapat gaji tertinggi menyaksikan pendapatan mereka berjumlah sekitar AS$300 juta (RM1.25 bilion) pada tahun 2021, demikian menurut senarai Forbes.

Peninju berprofil tinggi, Jake Paul menduduki tempat kedua setelah penampilan pertamanya dalam senarai berkenaan menyaksikan dia kekal dalam senarai 10 teratas sejak 2018.

Pemain permainan video Minecraft, Nathan Graham yang dikenali sebagai Unspeakable menduduki senarai itu buat kali pertama di tempat kelima pada tahun lalu.

“Senarai tahun lalu dilihat kurang menarik kerana rata-rata yang tersenarai adalah lelaki dan mereka berkulit putih,’’ jelas pakar aliran YouTube, Chris Stokel-Walker.

“Jika anda melihat senarai-senarai tahun sebelumnya, nama mereka juga ada di sana, mungkin hanya dalam susunan yang berbeza,’’ jelasnya.

Sementara itu, beberapa penyelidikan membayangkan bahawa platform perkongsian video itu mempunyai 2.3 bilion pengguna di seluruh dunia pada tahun 2021.

Menurut YouTube pula, kandungan video yang keseluruhannya berjumlah satu bilion jam ditonton oleh penggunanya pada setiap hari. K Online

MrBeast pesohor YouTube berpendapatan tertinggi lebih RM225 juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker