Puteri Balqis didoakan mati cepat?

Sebaran :


Puteri Balqis didoakan mati cepat?

“Puteri Balqis yang dahulu adalah seorang yang gagal berbanding Puteri Balqis hari ini.”

Itu ungkapan merentap jantung yang keluar dari bibir pelakon remaja Puteri Balqis menceritakan situasi sebenar yang dilaluinya kini.

Pemilik nama lengkap Puteri Balqis Aziz, 14, ktu berkata, tidak mungkin dia akan menjadi seorang gadis ceria dan periang seperti sebelum ini walaupun ramai peminat mengharapkan perkara tersebjut daripadanya.



“Ramai yang mahukan saya jadi seperti dahulu. Tapi saya yang dahulu adalah Puteri Balqis yang gagal. Gagal dalam menilai orang dan gagal dengan pujian. Saya tidak tahu antara madu dan racun,” ujarnya beremosi.

Biarpun secara luarannya dilihat sebgai gadus cekal dan teguh dengan prinsip, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2014 itu turut mengakui hatinya sangat terguris apabila dilemparkan dengan pelbagai tuduhan oleh netizen.

Lebih menyedihkan, Balqis turut berdepan tekanan perasaan kerana berasa gagal untuk mempertahankan ibunya yang turut dilempar dengan pelbagai fitnah oleh masyarakat.

“Paling saya tertekan sebab saya gagal pertahankan ibu saya. Orang cakap ibu penagih dadah dan gunakan saya untuk cari duit. Jadi saya lebih selesa jadi diri yang sekarang.



“Walaupun saya boleh bersuara, tapi orang tidak dengar. Sekarang saya hendak beritahu bahawa ‘Puteri Baqis’ yang dahulu gagal,” katanya dalam satu perkongsian menerusi Facebook Garasi TV, malam tadi.

Balqis atau mesra disapa Aqish juga tidak adil apabila dibuli netizen sehingga ada yang sanggup berkata dia akan ‘membunuh’ ibunya sendiri suatu hari nanti.

“Bagaimana saya boleh melakukan perkara itu (bunuh ibu)? Ibu satu-satunya insan yang saya ada. Ibu pernah menangis di kaki saya sebab kata dia gagal menjadi seorang ibu yang baik.

“Sedih bila orang juga tuduh saya yang bukan-bukan. Orang kata saya psiko, tidak terjaya dan tidak terurus. Malah ada juga yang doakan saya mati. Walaupun saya nampak okey, saya masih manusia yang ada hati,” luahnya.



Dilabel sebagai ‘gadis pelik’, dirumah, Balqis sama seperti anak remaja lain yang manja dengan ibunya, berbeza dengan perwatakannya ketika berada di luar.

“Tetapi kalau diluar, saya kena tonjolkan perwatakan diri yang matang kerana tidak mahu dipijak. Saya kena kuat,” jelasnya.

Menafikan dia serta ibunya telah jauh terpesong daripada agama, pelakon drama Andainya Takdir itu berkata dia tidak akan sesekali berkongsi (tunjuk) ibadah yang dilakukannya untuk tontonan umum.

“Mereka (netizen) tidak nampak macam mana ibu saya menangis dan bersujud ketika berdoa. Ibu saya bukan sahaja mendoakan manusia, tetapi juga mendoakan alam. Masyarakat tidak boleh menghakimi saya berdasarkan pakaian. Itu cara saya.

“Kami selalu mendoakan semua, termasuk mereka yang membenci kami. Kami tidak berani untuk membunuh sekecil-kecil makhluk seperti semut,” kata Balqis yang turut menafikan dirinya seorang lesbian seperti yang didakwa netizen.

Terdahlu, nama Balqis kembali meniti di bibir masyarakat selepas dituduh sebagai remaja bermasalah apabila tular penampilannya memakai skirt pendek dan berstoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak.

Imejnya itu sekali gus mencetuskan tanda tanya ramai sehingga Balqis turut dianggap telah jauh terpesong daripada landasan agama Islam. K Online

Puteri Balqis didoakan mati cepat?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.