Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Buat sesetengah orang, cara masak nasi putih dianggap perkara yang ‘kecil’. Ia hanyalah sekadar nasi putih yang tidak perlu difikir banyak. Namun pernah terfikir tak, kenapa bila makan nasi putih di kedai, rasa lagi sedap berbanding masak sendiri di rumah?

Seorang tukang masak, Ahmad Shukri Amiruddin mendedahkan petua  untuk masak nasi putih yang sedap. Bukan masak begitu saja. Menurutnya lagi, ini merupakan rahsia besar di kedai-kedai makan dan para tukang masak apabila memasak nasi putih.

‘RAHSIA BESAR’ CARA MASAK NASI PUTIH YANG SEDAP

Malam ni orang rumah sibuk. Saya dengan rela paksa masak nasi putih. Masak nasik putih ni pun ada rahsia besar. Bukan masak begitu saja.



Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.

Saya nak kongsikan ilmu pengasih yang digunakan oleh kebanyakkan kedai2 nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kawin. Kadang2 bila kita makan nasi kat kedai memang sedap. Lepas tu orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam2 lagi.

Perkongsian ilmu pangasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca.



Masa nak masak nasi. Masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak. Masukkan daun pandan. Kena pandai agak2 supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?

Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ” rasa” bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih.

Kalau masak nasi selain nasi putih : Nasi Tomato, Nasi minyak dll. Ikutlah cara ini beserta masukkan 3 atau 4 ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik.

Inilah rahsia besar kedai2 makan dan para tukang masak. 



Sumber: Ahmad Shukri Amiruddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker