Demi bonus kerajaan, pasangan Antivaksin sanggup beli Sijil vaksin Covid-19

Sebaran :

ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri antivaksin dicekup selepas dipercayai membeli sijil digital suntikan vaksin Covid-19 palsu berharga RM1,000 demi mendapatkan bonus tahunan kerajaan, kelmarin.

Pasangan berusia 38 dan 33 tahun itu yang merupakan penjawat awam ditahan kira-kira pukul 4 petang selepas dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

Turut ditahan adalah rakan sejabatan mereka berusia 58 tahun yang dipercayai ahli sindiket pemalsuan sijil digital tersebut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, suspek berjaya dicekup selepas polis menerima laporan daripada seorang kakitangan jabatan tersebut yang curiga dengan sijil dimiliki pasangan terbabit.



Katanya, sebelum laporan itu dibuat, pengadu telah mendapatkan pengesahan daripada Klinik Kesihatan Rembia mengenai status pengambilan vaksin pasangan tersebut seperti dinyatakan pada sijil digital dimiliki.

“Pengadu kemudian menerima maklum balas daripada pihak klinik yang mengesahkan kedua-dua penama tidak pernah menerima vaksin di situ.

“Susulan itu pengadu telah membuat laporan polis kerana berasakan pasangan tersebut telah menipu pihak jabatan dengan mengemukakan sijil digital palsu suntikan lengkap dua dos vaksin Covid-19 aplikasi Mysejahtera,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil soal siasat pasangan terbabit mengakui telah membeli sijil digital tersebut daripada rakan sejabatan mereka pada harga RM500 setiap satu untuk mendapatkan bonus tahunan.



“Suspek juga telah menggunakan sijil digital palsu ini untuk kemudahan harian mereka memasuki premis-premis lain.

“Susulan itu juga, kita menahan seorang lagi lelaki yang merupakan rakan sejabatan mereka kerana disyaki telah menjual sijil digital palsu ini pada harga antara RM300 sehingga RM500 bagi setiap satu,” katanya.

Tambahnya, semakan lanjut pihak polis mendapati pasangan itu juga pernah membuat laporan polis atas faktor keselamatan dan menyatakan kedua-dua mereka merupakan antivaksin pada pertengahan tahun lalu.

Arshad berkata, pihak polis kini sedang memburu dalang utama sindiket itu yang digelar ‘Vnilai’, manakala ketiga-tiga suspek masih direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE



Demi bonus kerajaan, pasangan Antivaksin sanggup beli Sijil vaksin Covid-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *