Bangunan Wisma Dang Bandang alami gegaran

Runtuhan siling di bilik mesyuarat yang dilaporkan akibat gegaran. – Foto ihsan bomba

KOTA KINABALU: Ratusan kakitangan pelbagai agensi kerajaan dalam Wisma Dang Bandang, Jalan Kampung Air, di sini, bergegas keluar dari premis apabila bangunan terbabit dilaporkan mengalami gegaran, hari ini.

Gegaran dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu menyebabkan semua pekerja terbabit segera keluar dari bangunan berkenaan dan berkumpul di tempat selamat.

Difahamkan, gegaran turut menyebabkan runtuhan siling di bilik mesyuarat sebuah agensi kerajaan di tingkat 11 bangunan itu.

Antara agensi kerajaan ditempatkan di bangunan terbabit ialah Jabatan Penerangan, Jabatan Meteorologi, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Imigresen.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu pada jam 3.32 petang.

Susulan itu, katanya, semua orang awam terbabit diarahkan untuk terus berkumpul di tempat selamat di pekarangan bangunan berkenaan sementara kerja pemantauan dijalankan.

“Mengikut laporan diterima, berlaku dua gegaran yang berselang hanya beberapa saat.

“Kita dimaklumkan bahawa gegaran pertama adalah lebih kuat berbanding yang kedua,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Bangunan Wisma Dang Bandang alami gegaran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker