PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu



PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau berharap perayaan itu disambut dengan penuh pengertian yang mendalam dan bersama keluarga tersayang.

“Terapkan perayaan dengan amalan norma baharu untuk keselamatan diri kita, keluarga dan masyarakat kita. Selamat menyambut Hari Thaipusam,” menurut catatan itu.

Ismail Sabri berkata tanah air ini dipenuhi keharmonian, silang budaya dan rakyatnya yang saling hormat menghormati manakala kepelbagaian bangsa, agama dan budaya dalam kalangan rakyat juga menjadi sumber kekuatan Keluarga Malaysia.




Sementara itu, dalam ucapan menerusi video, beliau berkata Thaipusam adalah perayaan penting bagi kaum India beragama Hindu di Malaysia yang diraikan pada Bulan Thai iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.

Ismail Sabri berkata sebelum dilanda penularan Covid-19, Thaipusam disambut dengan perarakan ke kuil Hindu dengan membawa kavadi dan juga ‘paal koodam’ yang mengandungi susu.

“Walaupun pada tahun ini sambutan diadakan secara sederhana dan kecil-kecilan bagi mengekang penularan wabak Covid-19, saya berharap Keluarga Malaysia beragama Hindu dapat meneruskan upacara mengikut norma baharu dengan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan.

“Semoga sambutan Thaipusam pada tahun ini akan terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa sekali gus menyemai sifat keterangkuman dan kebersamaan antara Keluarga Malaysia,” katanya. HM

PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM



Leave a Reply

Your email address will not be published.