Aksi ranjang Jasmine Suraya, PU Syed buat teguran

Aksi ranjang Jasmine Suraya, PU Syed buat teguran

Pendakwah bebas terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri atau lebih dikenali sebagai PU Syed tampil mempersoalkan agensi penapisan filem yang tidak membendung budaya yang melanggar syariat dan menegur aktres terkenal, Jasmine Suraya Chin berhubung isu adegan ranjang yang dilakonkan dalam drama bersiri Villa Kristal.

“Mana Peranan Agensi Yang Libatkan Penapisan Drama & Filem Di Malaysia”-PU Syed

Menerusi posting di Instagram, PU Syed turut mempersoal peranan agensi dan jabatan agama yang terlibat dalam penapisan drama dan filem di Malaysia.

“Di mana peranan agensi-agensi yang melibatkan penapisan drama dan filem di Malaysia. Apakah fungsi jabatan agama dalam membendung budaya melanggar syariat ini! Atau ianya gagal dihidu dari awal.”-Soal PU Syed

Tambahnya lagi, PU Syed memberitahu bahawa walaupun drama tersebut tidak ditayangkan di televisyen. Namun, ianya mudah diakses dan menjadi salah satu punca drama-drama mengarut akan terus direka dan dilakonkan.

“Sutaradara rakus mencari syariat Allah. Para artis sanggup menerima watak sebegini walau apa agama yang anda anuti sekalipun.

Walaupun cerita ini tidak ditayangkan di tv arus perdana. Namun ianya mudah diakses bahkan menjadi salah satu punca drama-drama mengarut seumpama ini akan terus menerus direka dan dilakonkan.”-PU Syed

Beri Teguran Pada Jasmine Suraya

Selain itu, PU Syed turut memberi teguran terhadap aktres terkenal, Jasmine Suraya Chin mengenai isu adegan ranjang yang dilakonkan dalam drama tersebut bahawa dia harus sedar dia sedang berada dalam negara Islam walaupun dia seorang beragama Kristian.

“Artis ini walaupun dia seorang Kristian, dia perlu ingat, dia berada dalam negara Islam…Manakala pengarah dan seluruh krew juga perlu tahu batas- batas dan norma sosial yang lebih bertanggungjawab kepada anak bangsa. “-PU Syed

Di akhir hantarannya di Instagram, PU Syed menitipkan harapan kepada pihak terlibat untuk menggarap cerita-cerita yang lebih memberikan nilai-nilai positif dan bukan kepada sensasi serta kedurjanaan. Mr

Aksi ranjang Jasmine Suraya, PU Syed buat teguran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker