Dollah Salleh Terlibat Dalam Kemalangan



Dollah Salleh Terlibat Dalam Kemalangan

Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke gaung di laluan Juasseh-Kapitan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu menyebabkan jurulatih berusia 57 tahun itu cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

Situasi sama turut melanda isteri dan anaknya apabila turut dimaklumkan mengalami kecederaan ringan kesan daripada kemalangan terbabit.

Dollah (kiri) mendapatkan rawatan daripada anggota perubatan.

Sementara itu, gambar dan keadaan bekas pengendali Harimau Malaya itu terbabit dengan kemalangan tular di media sosial.




Menerusi gambar terbabit kelihatan Dollah dan ahli keluarga dalam keadaan selamat sebelum mereka dibawa ke hospital menggunakan ambulan.

Malah, tindakan pantas orang ramai termasuk penduduk kampung berhampiran menghulurkan bantuan awal menyelamatkan mereka daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, kemungkinan Dollah dan keluarga dalam perjalanan pulang ke Kuantan, Pahang, sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Sementara itu, Arena Metro ketika menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kemalangan terbabit namun tiada mangsa yang tersepit manakala mereka sudah pun dibawa ke hospital.-HM

Dollah Salleh Terlibat Dalam Kemalangan




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja



Leave a Reply

Your email address will not be published.