16 kematian terkini, jumlah korban 31,808



Sebanyak 16 lagi kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam (17 Jan), menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu bertambah kepada 31,808 orang.

Daripada jumlah itu, dua pesakit (12.5 peratus) meninggal dunia sebelum dirawat di hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu lima orang, merangkumi 31.2 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Ia disusuli dengan Terengganu (3), Negeri Sembilan (2), Pulau Pinang (2), Johor (1), Kedah (1), Kelantan (1) dan Sabah (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.




Sebanyak 15 daripada 16 kematian yang dilaporkan (93.8 peratus) berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Purata 25 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 16, menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 40,619 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 2.2 peratus daripada 39,742 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 24.9 peratus daripada 54,069.

Kemas kini selepas tengah malam KKM juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baharu Covid-19 semalam.




Daripada 2,342 kes baru, sebanyak 199 daripadanya dikesan kepada kluster Covid-19 yang berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 151 (75.9 peratus) adalah dari institusi pendidikan manakala 20 (10.1 peratus) adalah kluster kes import.

Baki kes dikesan kepada kluster berkaitan tempat kerja (13 – 6.5 peratus), kumpulab berisiko tinggi (11 – 5.5 peratus) dan penularan komuniti (4 – 2.0 peratus).

16 kematian terkini, jumlah korban 31,808


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM



Leave a Reply

Your email address will not be published.