Polis buru tiga lelaki langgar orang awam

Keadaan kereta yang ditinggalkan suspek.

MELAKA – Polis memburu tiga suspek lelaki yang melarikan diri menaiki kereta Proton Iswara sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan orang awam di Krubong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek telah dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan Unit Kereta Peronda (MPV) yang membuat rondaan di kawasan Alor Gajah.

Katanya, ketika pemeriksaan ingin dilakukan, kereta tersebut memecut laju sehingga ke Krubong sebelum melanggar sebuah Perodua Viva di hadapan Stadium Hang Jebat kira-kira pukul 7 malam.

“Ketiga-tiga suspek bagaimanapun telah keluar dari kereta tersebut dan melarikan diri sejauh 300 meter melalui kawasan semak di kawasan berhampiran.



“Mereka ini berjaya lolos kerana kawasan itu boleh tembus ke arah pasaraya di Cheng, ke rumah flat berhampiran dan kemungkinan juga mereka ini sanggup terjun ke dalam sungai di situ,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun pemandu Viva yang merupakan seorang wanita hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mengulas lanjut, semakan pemilikan kenderaan mendapati penama kereta digunakan suspek adalah seorang wanita beralamat di Seremban, Negeri Sembilan.

“Kita masih lagi menyiasat sama ada pemilik kereta ini kenal atau tidak lelaki yang menggunakan kenderaannya.



“Gambaran suspek ini adalah lelaki Melayu dengan dua daripada mereka berambut panjang, manakala seorang pendek dalam lingkungan usia 30-an,” katanya.

Christopher berkata, pasukan polis masih menjalankan operasi menjejaki suspek termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9). – K! ONLINE

Polis buru tiga lelaki langgar orang awam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja



Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker