Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video)



Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video)

Perbuatan cop parkir di tempat letak kereta awam memang salah satu jenis kesalahan yang sering kali dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @whatitdostu berkongsi satu rakaman video di mana dia terpaksa berhadapan dengan seorang wanita yang enggan memberikannya meletakkan kereta walaupun ruangan parkir tersebut kosong.

Menurut @whatitdostu, wanita tersebut mendakwa tempat letak kereta yang kosong itu miliknya walaupun tidak kelihatan kereta lain ketika waktu itu. Kejadian tersebut berlaku di satu kawasan sekitar Sri Petaling.

Hantaran video itu telah mendapat lebih 270,000 kali tontonan dan hampir 1,000 komen daripada orang ramai yang mengecam tindakan wanita yang pentingkan diri sendiri itu.




Tambah orang ramai lagi, memandangkan kejadian itu mempunyai rakaman video, ia boleh dijadikan bukti jika @whatitdostu membuat aduan kepada pihak berkuasa dan wanita tersebut boleh dikenakan tindakan.

Menurut PDRM, perbuatan cop parkir salah dari segi undang-undang dan ia jatuh di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 119, mana-mana pesalah akan didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya. Vc

Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM



Leave a Reply

Your email address will not be published.