Lelaki trauma digoda empat pondan

Lelaki trauma digoda empat pondan

Dua lelaki berdepan ‘mimpi ngeri’ apabila nyaris menjadi mangsa godaan beberapa individu transgender atau pondan ketika melalui sebuah lorong di kawasan Kuantan, Pahang.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 31 saat yang dikongsikan dimedia sosial Tiktok, @annafakram, Annaf dan rakannya mendakwa melalui kawasan itu dengan menunggang motosikal sebelum dihampiri empat pondan yang berada di lorong berkenaan.

Menurut Annaf, dia sudah mengingatkan rakannya agar tidak senyum, namun tetap digoda oleh pondan berkenaan sehingga mereka hampir ditarik.

“Saya lalu situ sebab perasan ada lampu, ingatkan lorong ni sudah bersih rupanya masih ada lagi sotong sedut sekilo RM30,” kata Annaf di laman sosial Tiktok.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai terhibur melihat reaksi Annaf dan rakannya yang berasa takut apabila pondan tersebut mahu menggoda mereka.

“Hahahaha saya pun pernah kena lalu jalan ni,” ujar @kentangsungguh.

“Saya pernah terserempak dengan orang macam tu masa nak pergi kedai aksesori. Dah la pondan tu duduk depan kedai, saya yang perempuan pun malu tengok,” jelas @aienkhaty pula.

“Mak saya tinggalkan saya seorang diri dalam kereta di kawasan itu pun saya takut,” kata @__yyayaaaa.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih 1.5 juta tontonan dan lebih 194,000 ribu tanda suka di laman aplikasi Tiktok. K Online

Lelaki trauma digoda empat pondan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker