Awas keladi kayangan beracun

Awas keladi kayangan beracun

Harganya yang mampu menyamai sebuah kereta buatan Jepun, warna dan bentuknya yang unik membuatkan sesiapa sahaja tertarik dengan kecantikan pokok keladi.

Namun peminat tumbuhan ini perlu tahu disebalik harga ‘kayangan’ dan kecantikan itu, ia juga beracun dan berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak serta haiwan ternakan.

Menerusi perkongsian dilaman Facebook Public Health Malaysia (PHM), racun yang terdapat pada keladi atau caladium dipanggil kalsium oksalat meliputi keseluruhan tumbuhan dan paling kuat pada daun.

Jelas PHM, caladium adalah toksik apabila tertelan dan mereka yang mempunyai kulit sensitif boleh terjejas hanya dengan bersentuhan fizikal dengan tumbuhan.

“Mengunyah atau menggigit tumbuhan ini akan membebaskan kristal beracun yang menyebabkan kemerahan dan sakit mata, kerengsaan mulut dan rongga mulut serta pembengkakan saluran pernafasan menyebabkan sukar untuk bernafas,” kata PHM

Mengulas lanjut, PHM berkata, jika seseorang telah mengunyah atau makan caladium secara tidak sengaja, petua berikut boleh membantu.

“Mulut hendaklah dibasuh dengan kain basah. Tangan dan mata orang yang cedera juga mesti dibasuh jika bahagian badan ini terkena racun.

“Susu boleh diberikan untuk melegakan kesakitan sementara. Jika seseorang tidak sedarkan diri atau tidak boleh menelan, mereka tidak boleh diberikan apa-apa melalui mulut,” ujar PHM. K Online

Awas keladi kayangan beracun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker