Empat Sekeluarga Diserang Gajah Naik Minyak Nyaris Maut [VIDEO]

Empat Sekeluarga Diserang Gajah Naik Minyak Nyaris Maut [VIDEO]

CAPE TOWN: Seekor gajah yang bersaiz besar dan sedang marah bertindak menolak sebuah kenderaan yang dinaiki empat beranak sehingga terbalik di Taman Wetland iSimangaliso, wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan baru-baru ini.

Rakaman kejadian itu dilakukan oleh seorang penumpang di dalam sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) yang menunjukkan mamalia bergading berkenaan melakukan perbuatan tersebut.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh penumpang tersebut.

SUV yang berada di belakang kenderaan yang terbalik itu hanya membunyikan hon untuk cuba mengalih perhatian gajah seberat 6,000 kilogram (kg).

Selesai menterbalikkan kenderaan itu, gajah tersebut kemudian berjalan dengan tenang.

Ketika kejadian, satu pasangan ibu dan bapa bersama dua anak mereka berusia lapan serta 10 tahun berada di dalam kenderaan tersebut sehingga renjer taman berkenaan tiba di tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, tiada yang cedera parah dalam kejadian itu.-SH /ZO 

Empat Sekeluarga Diserang Gajah Naik Minyak Nyaris Maut [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker