KDNK mampu capai 6.5% tahun ini – Zafrul

KDNK mampu capai 6.5% tahun ini – Zafrul

Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara yang diunjurkan sekitar 5.5 hingga 6.5% pada tahun ini mampu dicapai dengan dipacu oleh indikator positif termasuk pengurangan jumlah penganggur.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, bilangan penganggur pada November 2021 menunjukkan trend menurun selepas mencatat angka 694,400 orang berbanding 705,000 orang pada Okt 2021.

Menurutnya, indikator lain seperti Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) negara yang meningkat 9.4% tahun ke tahun pada Nov 2021 yang dipacu oleh peningkatan dalam indeks pembuatan, elektrik dan perlombongan.

Malah kata beliau, bagi tempoh sama, jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan paras tertinggi, iaitu 7% tahun ke tahun kepada RM118.1 bilion dan mengatasi paras bulan sebelumnya sebanyak RM116.2 bilion.

“Oleh itu, secara keseluruhannya kalau kita lihat petanda-petanda ini, ia jelas menunjukkan bahawa unjuran pertumbuhan ekonomi negara itu dapat dicapai. Kita juga dapat melihat lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan sekali gus mengembalikan sentimen positif negara terutamanya selepas pandemik Covid-19.

“Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 3% tahun ke tahun manakala unjuran kerajaan bagi keseluruhan tahun tersebut adalah sekitar 3.0 hingga 4.0%,” kata beliau dalam program bual bicara Inklusif yang disiarkan di TV1, malam tadi.

Mengulas selanjutnya, Zafrul berkata, walaupun negara masih berdepan dengan cabaran akibat pandemik Covid-19 pada tahun ini, tempoh itu sebaliknya juga merupakan tahun pemulihan ekonomi yang menyaksikan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM322 bilion menerusi Bajet 2022, iaitu angka terbesar dalam sejarah negara.

“Fokus kerajaan adalah untuk kesejahteraan rakyat dan membina daya tahan sektor perniagaan selain membina ekonomi agar lebih makmur dan mampan,” katanya. FMT

KDNK mampu capai 6.5% tahun ini – Zafrul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker