Sempat selfie semasa kereta karam dalam sungai

OTTAWA, Kanada – Seorang wanita yang berdepan detik  cemas keretanya tenggelam di dalam sebatang sungai berais bukan sahaja tidak panik, malah dia sempat merakam gambar swafoto, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Aksi wanita itu berswafoto di atas bumbung keretanya  dirakam pula oleh penduduk setempat yang melintasi lokasi kejadian di Sungai Rideau, Manotick, hujung minggu lalu.

Ketika dia sibuk memeriksa sudut rakaman terbaik, penduduk tempatan pula sibuk berusaha mencari jalan untuk menyelamatkannya daripada tenggelam bersama kereta tersebut.

Mereka akhirnya berjaya mencari sebuah kayak biru dan mengikatnya dengan tali untuk menyeret wanita itu keluar dari lubang ais yang besar.

Polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan). Wanita itu kemudian didakwa kerana memandu kereta secara berbahaya. – Agensi

Sempat selfie semasa kereta karam dalam sungai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker