Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang

Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang

SUSULAN terlibat dalam kemalangan motosikal pada Isnin, pelakon Azhan Rani mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang membantunya pada hari kejadian.

Azhan, 45, juga bersyukur dan menghargai tindakan pantas pemandu lori mengawal situasi agar tidak berlaku perkara yang lebih buruk



“Buat bro Firdaus dan sesiapa sahaja yang bantu saya pada hari kejadian 17 Januari lalu sekitar 12.30 tengah hari di Jalan Templer Park menghala ke Kuala Lumpur.

“Semoga Allah merahmati kalian, terima kasih jasa baik anda.

“Buat dua abang lori yang berdiri tu, terima kasih kerana berjaya menghentikan lori dan tak langgar saya” ujarnya.



Pada Rabu Azhan memuat naik sekeping foto ketika kejadian yang dihantar oleh seorang pengikut di laman sosial.

Pelakon drama Nur itu terlibat kemalangan motosikal di Jalan Templer, Rawang, Selangor, pada Isnin.

Dalam kemalangan itu, Azhan mengalami kecederaan tulang belikat sebelah kiri pecah serta tulang bahu dan tulang rusuknya retak.



Sementara itu, Azhan turut menegur tindakan dua orang remaja penunggang motosikal yang cuai sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut.

“Buat dua orang adik yang naik motor kapcai tengah bersembang tak pandang depan lepas tu tiba-tiba masuk jalan saya nak buat u turn, semoga korang tak apa-apa.

“Maaf abang tinggikan suara dekat korang dalam ambulans hari itu. Mohon jangan bawa motor macam tu lagi.



“Kita sama-sama syukur Allah bagi peluang kita hidup. Maaf juga buat motor awak hancur,” ujarnya.-mSTAR

Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker