Bimbang Tahap Kesuburan Merosot, Luna Maya Sudah Bekukan Telur Tahun Lalu

Bimbang Tahap Kesuburan Merosot, Luna Maya Sudah Bekukan Telur Tahun Lalu

USIA semakin menghampiri 40 tahun pelakon popular Indonesia, Luna Maya menganggap perkara itu bukan alasan untuk dia segara bernikah.

Bagaimanapun Luna, 38, berkata, perasaan menjadi seorang ibu semestinya wujud dan dia sendiri telah melakukan proses pembekuan sel telur.



“Namun semakin dikejar usia, sebagai wanita ada perasaan mahu menjadi ibu. Saya telah lakukan proses membekukan telur.

“Sejak empat tahun lalu saya ingin melakukannya. Baru tahun lepas tercapai kerana proses tersebut juga ada di Indonesia,” jelas Luna dalam satu temubual.

 



Luna selesa dengan keadaan dirinya kini

Mempunyai banyak pengalaman dalam bercinta sejak usia muda, bekas kekasih Ariel Noah ini akui sedikit memilih dalam mencari pasangan hidup.

Dia juga mengakui selesa dengan keadaan dirinya sekarang.

“Dengan teknologi dan gaya hidup sekarang ini saya rasa cukup sihat dan bertenaga dan tidak rasa terbeban kerana usia.



“Percintaan saya dahulu ketika belasan tahun, kemudian 20-an dan awal 30-an berbeza. Sama juga pada usia sekarang ini.

“Saya tidak kisah jika menjadi berbeza dengan orang lain,” ucapnya.- KAPANLAGI

Bimbang Tahap Kesuburan Merosot, Luna Maya Sudah Bekukan Telur Tahun Lalu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker