Apakah Hukum Dalam Islam Main Kutu Nak Kumpul Wang Segera??

Apakah Hukum Dalam Islam Main Kutu Nak Kumpul Wang Segera??

PASTI ramai di antara kita yang pernah main kutu sebagai salah satu cara mudah dan singkat mengumpul wang tunai.

Secara umumnya, main kutu adalah satu skim menyimpan dan mengumpul wang dalam tempoh singkat dan kebiasaannya disertai oleh beberapa orang pemain dengan jumlah bayaran bulan tertentu yang dipersetujui oleh semua ahli.



Cabutan nombor akan dibuat bagi menentukan giliran peserta mendapat wang mereka dan kebiasaannya salah seorang akan dilantik sebagai ibu kutu untuk mengumpulkan wang dan diserahkan kepada penerima setiap bulan.

Proses dan kaedah main kutu itu dilihat ringkas dan cepat tetapi bagaimana pandangan Islam mengenai main kutu?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bermain kutu dibenarkan selagi mana jauh daripada riba, kezaliman dan unsur-unsur yang haram.

Pada asasnya kata Zulkifli, duit yang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah duitnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang. Apabila tiba gilirannya, maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya dengan segera disebabkan bayaran komitmen daripada semua ahli kumpulan.



Setiap hutang yang dikenakan syarat tambahan bayaran, maka ia haram tanpa khilaf.

“Pada pandangan syarak, ia dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah daripada semua ahli yang menyertainya. Maka, setiap bulan semua ahli yang menyertainya akan membayar pinjaman yang mana duit pinjamannya itu akan kembali kepadanya apabila gilirannya tiba untuk mendapatkan jumlah yang disepakati tersebut.

“Sekiranya permainan kutu ini melibatkan pertambahan faedah dan keuntungan seperti dikenakan yuran untuk menyertai permainan ini, maka ia diharamkan,” katanya.



Terang Zulkifli lagi, Ibn Qudamah menyatakan di dalam al-Mughni: “Setiap hutang yang dikenakan syarat tambahan bayaran, maka ia haram tanpa khilaf.”

Ibn Munzir pula menyatakan: “Telah disepakati sekiranya pemberi hutang memberikan syarat kepada peminjam dengan tambahan duit ataupun hadiah, maka ia dikategorikan sebagai riba.”

Hal ini sebagaimana yang telah diriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab, Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud bahawa mereka melarang pinjaman yang meminta manfaat dan faedah.

Berdasarkan hal ini kata Zulkifli, manfaat daripada hutang yang diharamkan ialah manfaat dikhususkan kepada pemberi pinjaman.



Undang-undang di Malaysia melarang permainan kutu.

“Adapun manfaat kepada peminjam, ia diharuskan. Namun demi memastikannya ia terjamin dan bebas daripada kezaliman, maka perlu dipastikan semua ahli yang menyertai ini adalah orang yang beramanah dan boleh dipercayai, dikenali dan membuat akad bertulis untuk kemaslahatan semua,” ujarnya.

Tanpanya kata Zulkifli, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar. Akad bertulis mengenai hutang ini dinyatakan secara jelas berdasarkan firman Allah SWT:



Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu…[4]

Imam al-Baghawi menyatakan di dalam tafsirnya: Ulama berselisih pendapat tentang kewajipan menulis atau mencatat hutang melalui ayat di atas. Ada sebahagian ulama yang berpendapat bahawa mencatat atau menulis hutang itu adalah wajib. Namun, pendapat oleh majoriti ulama adalah sunat hukumnya dan sekiranya tidak dilakukan tidak mengapa. [5]

Sementara itu kata Zulkifli, sebelum bersetuju bermain kutu, peserta perlu membuat perjanjian dan akad bertulis selain penganjur tidak boleh meletakkan sebarang yuran atau apa-apa keuntungan daripada hasil permainan kutu kerana ia boleh menjerumus ke kancah riba.

Selain itu katanya, ia tidak dilakukan secara terbuka dan hanya melibatkan kumpulan yang kecil apatah lagi undang-undang di Malaysia melarang permainan kutu dan ia salah di sisi undang-undang.

Perbuatan permainan kutu ini telah diperuntukkan di dalam Akta (Larangan) Kumpulan Wang kutu 1971.

Apakah Hukum Dalam Islam Main Kutu Nak Kumpul Wang Segera??



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker