Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown dibatalkan



Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, Bangkok dibatalkan berikutan kebimbangan mengenai varian Omicron Covid-19, lapor akhbar The Nation Thailand semalam.

Pengarah Pejabat Daerah Samphanthawong, Athitaya Chokkitmanatchai mengumumkan keputusan tersebut yang akan berkuat kuasa pada 1 Februari ini.

Sambutan perayaan di kawasan tersebut sudah dibatalkan dua kali berturut-turut sejak tahun lalu.

Walaupun tiada acara yang dijalankan, Jalan Yaowarat tetap akan dihiasi dengan lampu hiasan di sekeliling pintu gerbang pada Bulatan Odian, jelas Athitaya.

Bagaimanapun, aktiviti tradisional orang Thai-Cina termasuk memberi penghormatan kepada dewa di pelbagai tempat akan dibenarkan.




Kedai-kedai dan restoran akan tetap dibuka tetapi dengan mengikuti langkah kawalan pencegahan Covid-19, tambah pegawai itu. – Agensi

Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown dibatalkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa



Leave a Reply

Your email address will not be published.