Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam

Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam

Suria KLCC mengecat semula struktur dekorasi Tahun Baharu Cina di luar pusat beli-belah itu yang dikecam warganet, baru-baru ini, kerana menyerupai peralatan sembahyang yang dibakar ketika ‘Qingming’.

China Press melaporkan bumbung pagoda dekorasi itu sudah dicat warna kuning, berbanding hijau pada asalnya, susulan kecaman warganet.



Pemeriksaan akhbar berbahasa Cina itu malam tadi mendapati kakitangan menurunkan tanglung merah yang menghiasi struktur itu, sebelum mereka mengecat semula bumbung pagoda itu.

Struktur dekorasi tinggi menyerupai pagoda itu yang didirikan di luar pusat beli-belah itu dibidas menyerupai peralatan sembahyang yang dibakar ketika Qingming oleh warganet yang berkata, Suria KLCC sepatutnya mendapatkan nasihat komuniti Cina sebelum mendirikannya.

Qingming merujuk “hari membersihkan kubur” atau Cheng Beng oleh kaum Cina di sini.

Ada pula yang mempersoalkan nilai kos pemasaran pusat beli-belah itu dan menyifatkan dekorasi itu “gagal” serta menggesa mereka lebih menghormati budaya kaum Cina.



Suria KLCC enggan mengulas perkara itu.

Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa



Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker