Kami beri sokongan penuh kepada Ismail Sabri dengan sukarela tanpa paksaan

Seramai 114 ahli Parlimen yang memberi sokongan surat akuan (SD) kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri telah ditemu duga seorang demi seorang oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, setiap ahli Parlimen yang menghadap Seri Paduka menyatakan memberi sokongan kepada Ismail Sabri dengan sukarela dan tanpa paksaan.

katanya, itu adalah antara dialog dan perbincangan yang dilontarkan ahli Parlimen semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi.



“Saya kira ini adalah satu pengalaman yang penting kepada 114 ahli Parlimen yang menyokong Ahli Parlimen Bera itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Tambah Ahmad, dengan sokongan ketika ini dilihat Ismail Sabri berjaya mendapat sokongan majoriti daripada 114 ahli Parlimen yang menyokong.

Katanya, proses selepas itu ditentukan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.



Ahmad berharap kerajaan seterusnya dapat membela rakyat, menyelesaikan masalah pandemik Covid-19 dan ekonomi.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Agong mahu pastikan 114 MP tak sokong Ismail di bawah tekanan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker