3 kenderaan termasuk sebuah lori terbakar selepas kemalangan
3 kenderaan termasuk sebuah lori terbakar selepas kemalangan

GEORGETOWN: Sebanyak tiga kenderaan terbakar selepas terbabit kemalangan di terowong bawah jalan Udini, Jalan Masjid Negeri, di sini, hari ini.
Ia membabitkan lori yang dipercayai membawa muatan tiang konkrit dengan van pekerja dan kereta.
Difahamkan, kesemua mangsa yang terbabit kemalangan dilaporkan selamat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.04 pagi.
Katanya, operasi penyelamatan membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dengan kekuatan seramai lapan anggota.
“Kebakaran membabitkan tiga kenderaan yang berlaku di terowong bawah jalan Udini, susulan kemalangan itu, yang dapat dikawal pada jam 7.33 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
Mengulas lanjut John berkata, kerja pemadaman api masih dilakukan dan maklumat akan dikemaskini daripada semasa ke semasa.
Sementara itu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi hantaran info trafik di Facebook berkata, anggota warden trafik sudah dihantar ke lokasi bagi melaksana kawalan dan melancar aliran lalu lintas di kawasan berkenaan.
“Orang awam dinasihati supaya menggunakan laluan alternatif serta mengelak daripada melalui kawasan itu sehingga keadaan kembali selamat dan terkawal,” menurut hantaran itu.
Sementara itu berdasarkan video yang tular, kemalangan itu turut membabitkan tiga lagi kenderaan namun ia berjaya dialihkan semasa api marak.
3 kenderaan termasuk sebuah lori terbakar selepas kemalangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.