DinFei jumpa beregu India di separuh akhir Terbuka Thailand

DinFei jumpa beregu India di separuh akhir Terbuka Thailand

DinFei jumpa beregu India di separuh akhir Terbuka Thailand
SZE Fei dan Izzuddin atasi cabaran beregu Scotland. FOTO BAM

Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus menggalas cabaran Malaysia pada Terbuka Thailand selepas melangkah ke separuh akhir sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir berlangsung di Stadium Nimibutr, Bangkok, bekas pasangan nombor satu dunia itu menang 19-21, 21-15, 21-8 ke atas beregu Scotland, Christopher Grimley-Matthew Grimley.

Pasangan yang terkenal dengan gelaran DinFei itu tersentak seketika apabila tewas di set pertama sebelum kembali memperkemaskan permainan dan memenangi set kedua, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, aksi gandingan nombor sembilan dunia itu sukar digugat apabila menampilkan aksi cukup cemerlang apabila mendominasi sepenuhnya permainan sebelum mencatat kemenangan selesa 21-8.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara


Izzuddin tanpa berselindung mengakui, mereka gagal memulakan permainan dengan baik, namun tetap gembira kerana masih mampu melakukan kebangkitan dan memastikan kemaraan ke separuh akhir.

“Saya rasa kami agak bergelut pada set pertama tetapi kami gembira kerana dapat melakukan kebangkitan di set kedua dan ketiga. Selain itu, pemain lawan juga bermain sangat baik hari ini.

“Secara keseluruhan, corak permainan mereka memang tidak sesuai dengan kami, jadi kami cuba untuk mengubah corak permainan kami,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Sze Fei pula menyifatkan pemain lawan memanfaatkan sepenuhnya pergerakan angin apabila servis yang dilakukan berjaya memerangkap dia dan Izzuddin pada perlawanan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir


“Dari segi keadaan angin, pihak lawan melakukan servis yang lebih baik dan ia mendatangkan banyak masalah kepada kami untuk menerimanya. Kami terpaksa bermain secara bertahan,” ujarnya.

Pada separuh akhir esok, pasangan negara itu bakal membuat perhitungan dengan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang menewaskan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-12, 21-13.

Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker