THT berdepan UiTM tanpa kelibat Faizal
THT berdepan UiTM tanpa kelibat Faizal

Kuala Terengganu: Pasukan Hoki Terengganu (THT) berdepan UiTM HA-KPT pada petang esok di tempat sendiri tanpa kelibat penyerang utamanya, Faizal Saari yang digantung satu perlawanan.
Terdahulu bintang The Speedy Tigers itu dilayangkan kad merah susulan pertengkaran dan berlaku tolak-menolak dengan pemain kelab Liaoning, Wang Yubo yang turut dilayangkan kad merah pada 5 Mei lalu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Ketua jurulatihnya, Mohd Harfizi Baharom berkata, ketiadaan penjaring terbanyak pasukannya itu yang sudah meledak 11 gol setakat ini sedikit-sebanyak memberi kesan pada bahagian penyerangnya untuk memburu jaringan.
“Sudah tentu kehilangan Faizal memberi sedikit kesan kepada pasukan terutama dari segi pengalaman dan penyudah di kawasan serangan, namun saya tidak mahu perkara itu dijadikan alasan untuk pasukan menurunkan standard permainan.
“Saya percaya pemain lain seperti Firhan Ashari, Amirul Haniff, Fitri Saari dan Harris Iskandar mampu memikul tanggungjawab dan bermain sebagai satu unit untuk memburu kemenangan di tempat sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
“Hal ini kerana dalam situasi seperti ini disiplin taktikal, kerja keras dan semangat berpasukan adalah lebih penting, harap peminat dapat membanjiri Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk memberikan sokongan padu,” ujar Mohd Harfizi kepada sukan NSTP.
Mengulas lanjut, jurulatih itu turut mengingatkan anak buahnya agar tidak memandang mudah kekuatan pasukan lawan yang mampu melakukan kejutan.
“Kami perlu hormati pasukan UiTM dan kami tahu mereka akan tampil dengan motivasi tinggi lebih-lebih lagi perlawanan berkenaan adalah yang terakhir buat mereka berbanding kami.
“Apa yang saya mahu lihat daripada pemain THT ialah karakter, intensiti dan keberanian untuk mengambil tanggungjawab di atas padang dan pada masa sama saya ingatkan kepada pemain agar kekal fokus dengan identiti permainan kami dan terus memburu keputusan positif,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
Berdasarkan carta liga setakat ini, juara treble musim lalu itu kini menghuni di tangga ketiga dengan mengumpul 11 mata menerusi enam perlawanan manakala UiTM di kedudukan keempat dengan mengutip 10 mata selepas tujuh perlawanan.
Pasukan Hoki Terengganu (THT) berdepan UiTM HA-KPT pada petang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.