Aktiviti cuci pasir, LUAS kesan peningkatan kekeruhan air sungai
Aktiviti cuci pasir, LUAS kesan peningkatan kekeruhan air sungai

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan peningkatan kekeruhan di Sungai Sub iaitu anak sungai kepada Sungai Langat di kawasan Taman Sri Nanding, Hulu Langat semalam.
LUAS berkata, kes jam 3.40 petang itu berpotensi memberi kesan kepada loji rawatan air (LRA) Sungai Langat yang berada di hilir.
“Kami melakukan semakan segera di lapangan dan mendapati kekeruhan yang tinggi berpunca daripada aktiviti pencucian pasir yang dijalankan oleh sebuah premis di kawasan terbabit.
“Oleh itu, arahan mengikut Seksyen 121(1), Enakmen LUAS 1999 dikeluarkan kepada premis untuk menghentikan operasi dan melaksanakan kawalan pelepasan serta merta,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

LUAS berkata, pengambilan sampel sudah dilakukan di lokasi-lokasi terbabit termasuk di aliran Sungai Sub serta dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis lanjut bagi tindakan penguatkuasaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
Katanya, tindakan kerana tidak mematuhi syarat lesen diambil, yang mana premis berkenaan berlesen di bawah Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian dan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 atau Dasar Pelepasan Sifar (ZDP).
“Tiada henti tugas LRA dilaporkan dan keadaan semasa sungai adalah terkawal,” katanya.
Aktiviti cuci pasir, LUAS kesan peningkatan kekeruhan air sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.