Lelaki mengaku tak salah liwat remaja perempuan 6 kali

Lelaki mengaku tak salah liwat remaja perempuan 6 kali

Seorang pekerja luar pesisir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu, atas tuduhan meliwat remaja perempuan berusia 14 tahun, awal bulan ini.

Tertuduh berusia 25 tahun membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Wan Suhaila Mohd.



Dia berdepan enam pertuduhan meliwat remaja berkenaan di rumah rakannya di Kemaman, antara 5 pagi hingga 10 malam, pada 2 hingga 4 Jan lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan bertentangan aturan tabii, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Wan Suhaila kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 16 Feb sebagai tarikh sebutan semula kes, menurut laporan Sinar Harian.

Tertuduh, bagaimanapun gagal membayar wang jaminan dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman sehingga sebutan semula kes.



Berdasarkan fakta kes, mangsa dihantar pulang ke rumah jam 1 pagi pada 5 Jan lalu sebelum menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama mendakwa dia diliwat ketika tidur di rumah rakan tertuduh.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurhanisah S H Sahul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. FMT

Lelaki mengaku tak salah liwat remaja perempuan 6 kali




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna



Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker