Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi

Pemecatan Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dilihat mencetuskan perang mulut terbuka dalam kalangan pemimpin PAS, antara lain melibatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Sanusi, yang juga AJK PAS Pusat, berkata “individu tertentu” jangan memandai-mandai apabila menyuarakan pandangan di media sosial.

“Saya berpegang kepada satu frasa iaitu pandai dialu-alukan, ‘pandai-pandai’ tak dialu-alukan. Tindakan menulis di Facebook ini pun dikira sebagai ‘pandai-pandai’ juga dan tak dialu-alukan,” katanya, menurut laporan Utusan.



“Kalau ahli kita suruh guna saluran betul, pemimpin pun sama jugalah.”

Semalam, AJK PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, mahu isu pemecatan Khairuddin dijelaskan kepada umum dengan segera, untuk membina persepsi yang baik terhadap PAS apatah lagi ia melibatkan seorang wakil rakyat dan bekas menteri.

Khairuddin sendiri ketika dihubungi FMT meminta pemberita bertanya sendiri kepada Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan sebab-sebab pemecatannya.

Takiyuddin sebelum ini, berkata pemecatan Khairuddin bukan kerana perbezaan pendapat, sekaligus menepis khabar angin ia berkaitan isu Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).



Sanusi hari ini, berkata PAS tidak perlu mendedahkan secara terperinci alasan pemecatan Khairuddin, mengatakan penjelasan sebelum ini sudah memadai.

Nik Abduh beri teguran, pengguguran Khairuddin perlu penjelasan

“Tetapi tak perlulah kita ceritakan apa perinciannya kerana tindakan sedemikian akan menimbulkan masalah lain pula.



“Saya rasa tuan tubuh (Khairuddin) sendiri tau sebab musababnya malah rakan yang menulis di Facebook berhubung perkara itu pun tahu,” katanya.

Presiden Abdul Hadi Awang, yang mengumumkan pengguguran Khairuddin, sebelum ini menentang MN diteruskan jika Umno tidak menerima Bersatu dalam gagasan itu.

Takiyuddin berkata, tidak pernah ada kes berpunca daripada perbezaan pendapat yang menyebabkan seseorang dipecat, “kecuali tindakan itu bercanggah perlembagaan parti kerana ia satu kesalahan disiplin.”

Beliau menafikan tindakan terhadap Khairuddin berpunca daripada isu berkaitan MN dan PN, dan memberi amaran, “sesiapa nak buat kenyataan sedemikian…saya boleh ambil tindakan undang-undang.”



Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi

Takiyuddin melompat! Khairuddin dicabar buat dakwaan dipecat kerana MN


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Biar Takiyuddin perjelas kenapa saya dipecat – Khairuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker