SOP perjalanan umrah baru diumumkan Februari



PUTRAJAYA – Proses penilaian risiko dan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan umrah dimuktamadkan menjelang pertengahan Februari tahun ini.

Menurut kenyataan akhbar bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Kesihatan (KKM), kedua-dua menteri Datuk Seri Nancy Shukri dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar komited memuktamadkan perkara tersebut khusus bagi garis masa pembukaan semula perjalanan umrah.

Ia susulan sesi libat urus KKM dan MOTAC yang berlangsung petang hari ini bersama Persatuan Agensi Pelancongan (UMRAH) bagi mendapatkan maklum balas hala tuju industri umrah berhubung keputusan penangguhan sementara yang sedang berkuat kuasa.

“Kedua-dua menteri dalam maklum balas mereka telah menyatakan komitmen untuk memperincikan dan memperhalusi setiap isu serta cadangan yang dikemukakan di peringkat kementerian masing-masing sebelum membentangkan cadangan penambahbaikan kepada Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 akan datang.

“Pihak kerajaan amat prihatin dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pemain industri pelancongan negara. Sehubungan itu, kedua-dua kementerian berharap semua pemain industri dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan aktiviti umrah dapat terus dilaksanakan dengan selamat,” katanya di sini hari ini.




Dalam pada itu, sesi libat urus itu telah dikendalikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta Menteri Kesihatan dan dihadiri oleh pengurusan tertinggi kedua-dua kementerian, wakil-wakil agensi persekutuan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Imigresen.

“Antara perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri pelancongan umrah pada sesi perbincangan libat urus petang itu adalah SOP berkaitan pelaksanaan perjalanan umrah, isu bayaran balik dan penjadualan semula penerbangan.

“Turut dibincangkan adalah perlindungan insurans, garis masa pembukaan semula perjalanan umrah dan bantuan pemulihan kepada industri pelancongan,” jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu, libat urus itu juga turut disertai oleh ahli-ahli daripada Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH) dan The Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA)

SOP perjalanan umrah baru diumumkan Februari





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa



Leave a Reply

Your email address will not be published.