Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal



Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal

Penyanyi Alfie Zumi berdepan detik cemas selepas dipukul sekumpulan lelaki bermotosikal dalam satu kejadian yang berlaku di sebatang jalan raya di Bandar Sri Damansara, di sini hari ini.

Ketika dihubungi Kosmo! Online, Alfie, 28, memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan memandu kereta ke Bukit Jalil untuk menerima suntikan dos penggalak.

Ketika dalam perjalanan, penyanyi itu terserempak dengan sekumpulan lelaki menunggang motosikal yang menghalang laluan jalan raya pengguna lain.

“Saya membunyikan hon agar memberi laluan kerana mereka menunggang secara berkumpulan.




“Selepas memotong kumpulan bermotosikal itu, tiba-tiba mereka mengejar dan menahan kereta saya sebelum salah seorang daripadanya menarik saya keluar dari dalam kereta,” katanya.

Ujar pelantun lagu Sudah Ditentu itu, kumpulan lelaki tersebut telah memukul dengan tangan sebelum bertindak meninggalkannya di tepi jalan.

“Mujur saya tidak mengalami kecederaan serius. Cuma luka dan lebam di beberapa anggota badan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Alfie berkata, dia enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memperbesarkan kejadian tersebut.

“Saya harap setiap konvoi bermotosikal yang melakukan perjalanan secara berkumpulan sedar akan peraturan dan cara mengendara kenderaan mereka ketika di atas jalan raya.




“Elakkan menunggang motosikal secara berkelompok kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.
K Online

Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Leave a Reply

Your email address will not be published.