13 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 13 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu.

Daripada jumlah tersebut, tiga kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan ialah 31,831.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata enam daripada satu juta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu ini.

Terengganu menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan 21 kematian, diikuti Melaka (11) dan Pahang (10).

Setakat Rabu, KKM merekodkan 3,229 kes baharu positif Covid-19 pada menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 2,817,163.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 53.7 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 31.2 peratus.

13 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker