Orang utan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen



Zuraida PKR sudah ‘mati

SHAH ALAM – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin mengundang pelbagai kecaman netizen.

Malah Ahli Parlimen Ampang tersebut turut mengatakan bahawa singa wujud di negara ini juga tidak tepat.

“Awak fikir dengan mudah pergi dan bunuh orang utan? Begitu juga dengan singa dan harimau. Mereka tidak dibunuh. Kena ada prosedur untuk hadapi dan letakkannya di dalam zoo.

“Saya rasa kalian boleh tanya Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara). Mereka boleh beritahu berapa orang utan dalam negara dan berapa banyak mati dan hidup,” katanya melalui satu rakaman video yang tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi satu minit 35 saat itu turut mendapat reaksi dari bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.




“Banyak benda boleh belajar dari menteri-menteri yang bijak pandai. Selamba cikgu aku dulu tipu kat (dekat) sekolah, tidak ajar benda sebegini,” ujarnya.

Sementara itu, menurut pengguna Twitter @JoeLabu311, Zuraida seharusnya melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Buatlah kajian sikit. Awak menteri. Bukan ahli mesyuarat tingkap,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa



Leave a Reply

Your email address will not be published.