Tuan Ibrahim bidas Mat Sabu minta bom pam air di Sungai Muda

Tuan Ibrahim bidas Mat Sabu minta bom pam air di Sungai Muda

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan pam air di Sungai Muda, Shah Alam rosak seperti didakwa Presiden Amanah Mohamad Sabu di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menegaskan pam air berkenaan berfungsi dengan baik sebelum bencana banjir melanda penempatan Taman Sri Muda, bulan lalu.



Bagaimanapun, jelasnya, oleh kerana pam berkenaan menggunakan punca kuasa elektrik, ia tidak dapat digunakan kerana pihak Tenaga Nasional Berhad sudah memotong bekalan elektrik di kawasan itu kerana khuatir risiko keselamatan penduduk.

“Saya terkejut bila dia cadang bom, mungkin sebab dia (bekas) Menteri Pertahanan. Pam kita berfungsi sebenarnya, saya sahkan pam kita semua berfungsi, isunya begini…pam (Sri Muda) kita guna elektrik, bila air meningkat risiko kepada orang ramai bahaya jadi TNB terpaksa potong elektrik.

“Bila potong pam dia tak boleh berfungsi, jadi apa yang kita buat kita dapatkan kerjasama daripada TNB, TNB bekalkan janakuasa bergerak…cuma ambil masa sedikit,” katanya pada majlis perasmian Malaysia Recycling Alliance (Marea) di sini.

Ketika membahaskan usul banjir di Dewan Rakyat semalam, Mohamad (PH-Kota Raja) menuntut penjelasan mengapa tentera tidak meletupkan pam air yang rosak di Sungai Muda bagi mengeluarkan air banjir yang terperangkap dalam kawasan perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam, pada 18 Dis lalu.



Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata tindakan mengebom pam air untuk mengeluarkan air banjir bukan tindakan tepat kerana ia akan memberi kesan lebih buruk kepada kawasan sekeliling Sri Muda.

“Pintu air ni ada fungsinya, untuk menyekat air daripada luar iaitu Sungai Klang masuk ke kawasan Sri Muda, dan dan keluarkan air ke Sungai Klang. Apa yang kita buat, kita buka bahagian tepi pintu air kerana itu lebih murah dan cepat matlamat berbanding nak bom.

“Konsep pintu air kena faham, tak boleh bila banjir saja kita nak bom, isu sekarang, kalau bom…air nak lari ke mana? Kalau paras air sungai lebih rendah dari kawasan banjir, tak guna juga sebab kita kena pastikan air di Sungai Klang betul-betul turun, baru boleh pam keluar, sistem pam itu adalah sistem terbaik. JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dah buat kajian teliti,” katanya.

Mengulas mengenai kritikan terhadap ucapan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang disifatkan sebagai “a blame game” oleh beberapa pihak khususnya pembangkang, Timbalan Presiden PAS itu berkata segala butiran yang dimaklumkan dalam Dewan Rakyat adalah realiti yang perlu diterima semua pihak.



“Perdana Menteri sebut tentang fakta dan realitinya, apa yang berlaku bukan nak salahkan kerajaan Selangor. Saya fikir penjelasan itu untuk kita ke arah penambahbaikan, bukan untuk menyalahkan,” katanya. FMT

Tuan Ibrahim bidas Mat Sabu minta bom pam air di Sungai Muda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina



Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker