Kolej Pediatrik Akademi Perubatan Malaysia sokong vaksin pada kanak-kanak

SHAH ALAM – Kolej Pediatrik Akademi Perubatan Malaysia (AMM CoP) menyokong langkah kerajaan dalam melaksanakan program vaksinasi melibatkan kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun yang akan bermula pada bulan depan.

AMM CoP dalam satu kenyataan berkata, terdapat keperluan untuk merapatkan jurang vaksin antara populasi yang berbeza tanpa mengira umur dan perbezaan sosioekonomi untuk mencapai imuniti kumpulan sekali gus memasuki fasa endemik.

“Kemunculan varian Omicron sangat membimbangkan. Laporan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang dijangkiti varian Omicron mempunyai risiko kemasukan ke hospital 20 peratus lebih tinggi berbanding varian Delta.

“Di Amerika Syarikat, pesakit Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak meningkat sebanyak 48 peratus pada minggu terakhir Disember 2021 dengan kebanyakan kanak-kanak ini tidak divaksinasi atau kurang divaksinasi,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

AMM CoP juga menjelaskan, vaksin untuk kanak-kanak adalah selamat berdasarkan bukti ujian klinikal dan pengalaman beberapa negara yang telah melaksanakan program tersebut.

“Sehingga November 2021, lebih 100 negara sama ada telah memulakan atau merancang untuk memperluaskan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak.

“Program vaksin ini amat penting terutamanya apabila negara berhadapan dengan peningkatan kadar kematian berkaitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. Dari Julai hingga Disember 2021, 105 kematian dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga 17 tahun.

“Malah, penyakit atau ketakutan terhadap Covid-19 ini juga mengakibatkan aktiviti sekolah terhad dan interaksi sosial yang memudaratkan perkembangan normal kanak-kanak,” kata kenyataan itu.

Kolej Pediatrik Akademi Perubatan Malaysia sokong vaksin pada kanak-kanak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker