Syarikat penerbangan baharu galak persaingan sihat, kata pakar

Syarikat penerbangan baharu galak persaingan sihat, kata pakar

Pakar pengangkutan menyambut baik susulan kebenaran yang diberikan untuk dua syarikat penerbangan beroperasi di Malaysia.

Menurut mereka, ini akan melancarkan lagi perjalanan dan menurunkan kadar tambang.

Baru-baru ini, pihak kawal selia penerbangan memberi lesen perkhidmatan udara bersyarat kepada SKS Airways Sdn Bhd, anak syarikat SKS Group dan MYAirline yang dikendalikan oleh Z9 Elite Sdn Bhd.

Perunding pengangkutan Goh Bok Yen berkata syarikat penerbangan baharu akan menggalakkan persaingan secara sihat dan menguji keupayaan Malaysia Airlines untuk bertahan dalam pasaran terbuka.

“Kehadiran syarikat penerbangan baharu adalah tepat pada masanya kerana kita sedang pulih daripada pandemik,” katanya.

“Rantau ini sedang dibuka. Ini adalah masa untuk memanfaatkan ledakan yang akan berlaku dalam perjalanan selepas pandemik.”

Beliau menggesa supaya sifat nasionalistik dapat diketepikan serta menentang dorongan untuk melindungi MAS daripada persaingan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG) Izham Ismail berkata kemasukan syarikat penerbangan baharu ke ruang udara Malaysia akan mengancam MAS. MAG adalah syarikat induk Malaysia Airlines.

Dalam reaksinya, Goh berkata MAS tidak patut berada dalam perniagaan jika ia tidak boleh berdepan persaingan.

Beliau mencadangkan supaya MAS memperluaskan perniagaannya kepada bilik hotel, kereta sewa dan pakej pelancongan kerana ia boleh memanfaatkan potensi di Sarawak.

Ajit Johl dari Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Awam pula berkata, MAG nampaknya tidak dapat memahami peranan syarikat penerbangan dan menangani sebarang bentuk persaingan.

“Jika ia bimbang mengenai persaingan, maka penyelesaian mudahnya adalah pergi saja,” katanya. FMT

Syarikat penerbangan baharu galak persaingan sihat, kata pakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker