Hukuman mati untuk penganggur bunuh anak kekasih

Hukuman mati untuk penganggur bunuh anak kekasih

KANGAR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki kekasihnya yang berusia enam tahun pada 2018.

Pesuruhjaya Kehakiman Arik Sanusi Yeop Johari menjatuhkan hukuman itu terhadap Noraizuwan Hamali, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah selain terdapat keraguan dalam pembelaannya.

Noraizuwan didakwa membunuh Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan di sebuah rumah di Jalan Arau, Lorong Chempaka, Kampung Jejawi dekat sini, antara jam 3.45 petang 18 April 2018 dan 12.10 tengah malam 19 April 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili peguam Rafidi Mohamad. FMT

Hukuman mati untuk penganggur bunuh anak kekasih


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker