Siasatan kes ADUN Sedili selesai minggu ini, 11 individu beri keterangan

Siasatan kes ADUN Sedili selesai minggu ini, 11 individu beri keterangan

Polis menjangkakan siasatan terhadap dakwaan gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sedili, Rasman Ithnain selesai minggu ini.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, setakat ini seramai 11 individu sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Katanya, pihaknya juga berbincang dengan pihak perundangan untuk memperkemaskan siasatan berkenaan.

“Kes masih dalam siasatan seperti mana yang saya maklumkan dan ia akan selesai dalam minggu ini.

“Sehingga kini seramai 11 individu sudah dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berusia 26 tahun yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang ADUN Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu daripada wanita terbabit di Balai Polis Kota Tinggi pada 11.30 pagi Isnin lepas.

Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.

Wanita itu, yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor, mendakwa beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit.

Rasman kemudian dalam kenyataan mengulas laporan polis dibuat wanita terbabit menyifatkan tuduhan ke atasnya adalah konspirasi untuk menjatuhkannya sebagai wakil rakyat. FMT

Siasatan kes ADUN Sedili selesai minggu ini, 11 individu beri keterangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker