‘Siang ambil upah jaga parkir, malam jadi gelandangan’



SUNGAI PETANI – Tiga sekeluarga terpaksa menjadi gelandangan di sekitar daerah ini dan tidur di dalam kereta buruk selepas tidak lagi bekerja di ladang.

Mary (bukan nama sebenar), 40, berkata, sebelum ini dia bersama suami dan bapa saudara menetap di kuarters, namun mereka terpaksa keluar dari kediaman itu setelah tidak lagi bekerja di ladang.

“Status bapa saudara yang bergelar bekas banduan menyukarkan kami mendapatkan kepercayaan penyewa rumah apatah lagi suaminya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Kami ambil upah jaga tempat letak kereta, ikut nasib kalau dapat duit boleh beli makanan, jadi kami ambil peluang tinggal dalam kereta buruk sahaja,” katanya ketika ditemui sukarelawan Team Hang Cangkul pada Rabu.

Salah seorang gelandangan ditemui, Raja (bukan nama sebenar), 33, berkata, ‘tidak sekepala’ dengan abang kandung yang didakwa kaki botol punca dia keluar rumah dan hidup menyendiri sejak lapan tahun lalu.




Muhammad Ridzuan menemui beberapa orang gelandangan yang menjadikan tempat awam sebagai lokasi berteduh.
“Kaki lima kedai, stesen bas dan ruang kosong menjadi tempat saya berteduh pada waktu malam.

Gelandangan PKP 2.0 terkawal, tiada peningkatan ketara
“Pada siang hari, saya tetap bekerja, bantu orang kerja menjadi pembantu pusat cuci kereta serta kerja-kerja lain yang boleh mendapatkan wang. Wang itu saya buat beli makanan,” katanya.

Katanya, biarpun rindukan ibu dan pernah pulang untuk tinggal di rumah, namun hanya sempat bertahan selama beberapa hari sebelum berlaku pergaduhan bersama adik-beradik lain.

“Jika ada sesuatu yang mustahak, keluarga tahu kat mana nak cari dan mereka datang sini jumpa saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Team Hang Cangkul, Muhammad Ridzuan Osman berkata, sebanyak 50 pek makanan diedarkan kepada gelandangan dan petugas barisan hadapan di sekitar Sungai Petani bermula jam 11 malam.
Menurutnya, rutin yang dilakukan setiap minggu itu kali ini membawa kelainan apabila kepelbagaian menu sumbangan seperti susu segar, sushi, sate dan nasi goreng diagihkan.




“Sebelum ini ada yang menyuarakan pada kami teringin nak makan sedap-sedap, jadi kali ini kita bagi depa merasa makanan lain dari yang lain,” katanya.

‘Siang ambil upah jaga parkir, malam jadi gelandangan’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.