Dijel kerana cuba curi tumbuhan lebih setengah juta ringgit



LOS ANGELES – Seorang lelaki Korea Selatan, Kim Byungsu dihukum penjara 24 bulan di Amerika Syarikat (AS) kerana cubaan mencuri satu tumbuhan yang bernilai ratusan ribu dolar pada Khamis.

Byungsu, 46, dijatuhkan hukuman tersebut oleh Hakim Daerah AS, George H. Wu yang turut memerintahkan dia membayar sebanyak AS$3,985 (RM16,713) sebagai ganti rugi kepada negeri California untuk perbelanjaan berkaitan penanaman semula tumbuhan yang dicuri itu.

Dia sebelum ini mengaku salah pada September 2021 atas satu pertuduhan cuba mengeksport tumbuhan itu yang sekali gus melanggar undang-undang negeri.

Byungsu dituduh cuba mencuri tumbuhan succulents Dudleya yang bernilai AS$150,000 (RM629,100) dari sebuah taman di utara California.

Tumbuhan itu tumbuh seperti bunga tumbuh di pantai Oregon dan utara California.




Ia popular di Asia Timur yang mana ia digunakan untuk hiasan. – Agensi

Dijel kerana cuba curi tumbuhan lebih setengah juta ringgit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina



Leave a Reply

Your email address will not be published.