Bengang dikeluarkan, Ronaldo lempar jaket

LONDON : Bintang Manchester United Cristiano Ronaldo menunjukkan riak muka kecewa selepas dikeluarkan pada minit ke-71 namun pengendalinya Ralf Rangnick mengangap perkara itu adalah biasa.

Kemenangan 3-1 Red Devils ke atas Brentford, semalam juga dibantu dengan aksi cemerlang dipamerkan David de Gea yang menafikan tujuh percubaan berbahaya sepanjang perlawanan.

Anthony Elanga meletakkan United di depan pada awal babak kedua permainan sebelum Mason Greenwood dan Marcus Rashford memastikan kemenangan pertama dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan gol tunggal tuan rumah diledak Ivan Toney.



Ronaldo kelihatan menggelengkan kepala dan memperkatakan sesuatu kepada Rangnick ketika berjalan di depannya, malah pemain itu turut melemparkan jaketnya ke lantai sebelum ditenangkan rakan sepasukan.

Bagaimanapun Rangnick tidak mengendahkan tindakan Ronaldo sebelum duduk bersebelahan dan menjelaskan kepada penyerang Portugal itu sebab mengeluarkannya.

Reaksi kecewa pemain berusia 36 tahun itu meningkatkan lagi persoalan mengenai kemahuannya untuk menyesuaikan diri dengan sistem Rangnick selepas mempamerkan satu lagi persembahan mengecewakan.

“Ia perkara biasa, dia adalah penyerang dan mahu menjaringkan gol. Dia kembali beraksi selepas mengalami kecederaan ringan dan pada saya adalah sangat penting untuk memastikan tumpuan bahawa kami mempunyai satu lagi perlawanan penting dalam tempoh tiga hari lagi.



“Kami mendahului 2-0, sama seperti di Villa Park. Saya mengambil keputusan untuk mempertahankan kedudukan ini kali ini dan ia adalah keputusan tepat untuk mengubah tumpuan kepada memperkuatkan barisan pertahanan,” jelas Rangnick.

United sekurang-kurangnya dapat mengelak daripada mencatat satu lagi kekalahan memalukan selepas tewas di tempat sendiri kepada Wolves dan mempersia-siakan kelebihan dua gol ketika seri dengan Aston Villa dalam dua perlawanan terdahulu.

Red Devils kini berada di tempat ke tujuh dalam carta liga, dua mata ketinggalan daripada pasukan di kelompok empat teratas ketika mereka memburu kelayakan bagi saingan Liga Juara-Juara, musim depan.

“Saya boleh katakan peralihan yang kuat tetapi semestinya kami harus melakukan beberapa perubahan, separuh masa pertama kami tidak begitu bagus dalam semua perkara mengenai perlawanan.



“Kami membiarkan lawan menguasai bola. Namun pada babak kedua kami lebih berkesan, kami melakukan serangan dan memberi tekanan kepada lawan,” ujarnya. – AGENSI

Bengang dikeluarkan, Ronaldo lempar jaket


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker