Ribut geomagnetik landa Bumi hari ini

Ribut geomagnetik landa Bumi hari ini. Gangguan kepada magnetosfera Bumi dijangka berlaku hari ini susulan letusan besar medan magnet dan plasma dari korona Matahari pada 28 Ogos lalu, kata Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas Perkhidmatan Kaji Cuaca Nasional (SWPC) di Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun.

Ribut itu boleh menjejaskan grid dan transformer elektrik, mengganggu satelit dan menggugat komunikasi radio.

Satu kenyataan di laman SWPC menyatakan bahawa fenomena dikenali sebagai Lontaran Massa Korona (CME) itu  dijangka sampai ke Bumi semalam dan hari ini.



CME yang juga disebut sebagai ribut geomagnetik, diletakkan pada skala  1 hingga 5 yang mana 1 adalah paling lemah dan 5 paling berpotensi menyebabkan kerosakan.

Profesor Madya dari Institut Risiko dan Pengurangan Bencana, Dr. Robert Wicks  sebelum ini berkata, ribut geomagnetik boleh menyebabkan gangguan bekalan kuasa.

“Sekiranya ada ribut geomagnet yang cukup besar untuk memutuskan bekalan tenaga di Britain, ia menandakan radiasi di angkasa lepas adalah amat buruk.

“Ini akan menyebabkan satelit-satelit rosak atau tidak dapat beroperasi dalam tempoh tertentu yang mana komunikasi satelit, GPS dan ramalan cuaca akan berisiko terjejas,” katanya. – Agensi



Ribut geomagnetik landa Bumi hari ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pekerja restoran cedera dirempuh kereta dalam pasar raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker