ND Lala Sudah 8 Tahun Kahwin Dengan Siti Munirah – Fauziah

ND Lala Sudah 8 Tahun Kahwin Dengan Siti Munirah – Fauziah

Bekas isteri kepada Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman mendedahkan penyanyi itu mula mengabaikan tanggungjawab sebagai suami selepas dia bernikah seorang lagi dengan wanita bernama Siti Munirah.

Memetik Harian Metro, Fauziah berkata, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh juga seolah sudah membuang dirinya dan anak-anak.



Dia memang fokus pada wanita itu dan bahasa kasarnya memang dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.

Sebab dia kahwin lain, jadi seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Tapi kalau saya minta cerai, dia akan ceraikan, mungkin.

Tapi dia pernah kata dengan rakan itu, walau apapun dia takkan ceraikan saya.

Menurut Fauziah lagi, dia dan penyanyi itu juga pernah bergaduh besar pada April lalu.



Mengejutkan lagi apabila Fauziah mendakwa ND Lala dan Siti Munirah sudah bernikah sejak lapan tahun yang lalu.

Kami bergaduh besar 1 April lalu dan abang ND entah macam mana buat pengakuan memang dah kahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu.

Dia tipu saya kata bulan Disember. Mungkin dia daftarkan bulan 12 tapi menurut sumber, dia dah kahwin lama iaitu dah lapan tahun.

Katanya bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tapi saya semak di pejabat Wilayah dan Selangor tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat.



Terdahulu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.

Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.

Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan berkahwin baharu dengan wanita bernama Siti Munirah.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah kepada anak mereka iaitu Shila Amzah.



Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila atau Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.
Sumber: Harian Metro

ND Lala Sudah 8 Tahun Kahwin Dengan Siti Munirah – Fauziah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang



Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker