Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Pengusaha kosmetik terkenal, Joy Revfa yang kini dilamun cinta bersama seorang jejaka bergelar doktor dikhabarkan sudah pun bertunang.

Berikutan itu, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin,36, meluahkan rasa bimbang apabila tunang, Dr Adrian Yeah sering diganggu wanita tidak dikenali.



Malah, wanita itu juga pernah menghantar video separuh bogel dengan niat untuk menggoda Adrian.

Adrian selalu beritahu ada perempuan cuba untuk ganggu dia. Sampai ada yang beri video separuh bogel bertujuan nak goda.

Memang ramai perempuan murahan di luar sana, saya sering pesan pada Adrian untuk tidak melayan dan memberi respon.

Cerita Joy lagi, dia telah dilamar oleh lelaki itu pada Jun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2024.



Kami bertunang secara tak rasmi sewaktu birthday saya pada 24 Jun lalu. Dia tiba-tiba melamar dan memberikan cincin.

Jadi kami merancang untuk mengadakan majlis pertunangan sebulan sebelum akad nikah pada Januari tahun depan.
Sekadar info, Adrian yang merupakan seorang mualaf telah memeluk Islam pada 24 Mac lalu di sebuah masjid di Setia Alam, Selangor.

Manakala Joy pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Hafiz Hamidun namun bercerai tiga bulan kemudian.

Joy pernah mendirikan kali pertama dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia 9 tahun.



Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid



Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan



Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker