Sanusi hang duk buat apa la ni?

Adakala dalam persaingan politik seseorang pemimpin dinasihati oleh pimpinan tertinggi untuk ‘menghilangkan diri’ buat seketika jika dianggap sudah mula menyulit atau menyusahkan parti.

Sanusi hang duk buat apa la ni?

oleh Mohsin Abdullah

Saya perlu tanya dengan terus – apa sebenarnya perangkap dikatakan sedang dipasang untuk Sanusi Nor oleh musuh politiknya sehingga menteri besar Kedah itu tidak muncul dalam ceramah perdana Perikatan Nasional (PN) di Sungai Petani malam 6 Ogos lalu.



Ini kali kedua Sanusi tidak hadir pada program politiknya. Sebelum itu beliau tidak muncul dalam majlis di Padang Serai. Ketika itu dilaporkan dalam talian oleh sebuah portal berita yang ada kaitan dengan rangkaian televisyen kononnya Sanusi ditangkap polis. Polis menafikan laporan berita Sanusi ditahan atau dipanggil untuk dirakam percakapan.

Pengumuman konon ada perangkap untuk Sanusi dibuat oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden yang turut mendakwa “sehari dua ini akan berlaku macam-macam benda yang dahsyat”. Dakwaan itu dibuat di depan ribuan penyokong PN khususnya PAS dalam ceramah di Sungai Petani Ahad lalu.

Bagaimanapun Afnan tidak menjelaskan apa “benda yang dahsyat” yang beliau kata akan berlaku selain meminta semua penyokong bersiap sedia dengan segala kemungkinan akan berlaku dan “tuan-tuan kena sedia dari sudut menjaga kubu”. Menurut Kosmo kata-kata itu diluahkan semasa beliau berucap dalam ceramah yang Sanusi tidak hadir itu.

Pada ucapan itulah Afnan memberitahu hadirin mengapa Sanusi tidak hadir dengan membaca kertas. “Saya nak baca kertas ini, kertas ini tulis (siapa yang tulis tidak pula dimaklumkan) berita yang menyedihkan. Petang tadi MB bermesyuarat di Kuala Lumpur”. Sekali gus secara sengaja atau tidak beliau mengesahkan kenyataan polis sebelum itu bahawa Sanusi tidak ditangkap semasa beliau tidak hadir di majlisnya di Padang Serai.



Apa pun Afnan seterusnya berkata mesyuarat yang Sanusi hadir di Kuala Lumpur adalah mesyuarat penting yang “bincang perkara-perkara besar”. Oleh kerana tidak ada butiran diberinya saya agak Sanusi hadir mesyuarat PN tetapi kemungkinan besar membabitkan hanya PAS.

Kosmo memetik Afnan berkata begini: “Daripada itu dinasihatkan beliau (Sanusi) tidak meneruskan ceramah beliau pada malam ini (6 Ogos 2023) kerana ada perangkap yang sedang dipasang oleh musuh dan perangkap itu mengkehendaki MB kita masuk ke dalam itu dan pegang buat sesuatu yang kita tidak jangka”. Beliau juga mendakwa Sanusi menghadapi “ancaman keselamatan”.

Bagi saya ini langkah nak beritahu tanpa beritahu. Ia menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Semasa saya menulis artikel ini keluar berita memetik Sanusi sendiri berkata akur dengan nasihat PAS Kedah beliau “mengurangkan aktiviti” supaya tidak terkejar-kejar menjelang PRN 12 Ogos ini termasuk “tak boleh bawa kereta laju-laju nak bagi cepat sampai” di samping langkah keselamatan lain perlu dirahsiakan.

Ini pada hemat saya kata-kata beliau tidak senada dan seserius dengan apa Afnan umumkan kepada penyokong parti. Dan juga tidak menjawab pelbagai persoalan penting.



Bagi bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Khairuddin Aman Razali, isu “keselamatan” dikaitkan dengan Sanusi ialah “rekaan bagi mencapai tujuan politik tertentu’.

Katanya seperti dilapor Malaysiakini, PAS ketika ini sedang mengembangkan naratif isu keselamatan dan mendakwa Sanusi sedang terancam. Ini kata beliau adalah “provokasi berniat jahat dalam saingan politik sihat untuk menarik simpati rakyat malah mencipta kebencian terhadap lawan politik”.

Beliau mengingatkan kita bahawa Sanusi sedang berdepan dakwaan menghina Sultan Selangor juga Yang di-Pertuan Agong dan perbicaraan masih lama sebelum berlangsung. Di samping ada isu unsur nadi bumi atau REE yang dilombong secara haram di Kedah.

Oleh kerana Khairuddin pernah aktif dalam PAS dan memegang jawatan penting lantas terbabit merangka pelbagai rancangan dan strategi, kenyataan beliau mengenai dakwaan perangkap, “benda dahsyat” akan terjadi serta isu “ancaman keselamatan” wajar diberi perhatian. Itu pendapat saya.



Pun begitu teringat saya “amalan” atau lebih tepat tindakan parti politik. Adakalanya dalam persaingan politik seseorang pemimpin dinasihati oleh pimpinan tertinggi untuk “menghilangkan diri” buat seketika jika dianggap sudah mula menyulit atau menyusahkan parti.
Ertinya kehadirannya boleh menjejaskan kemaraan parti. Mungkin dianggap kata-kata dan tingkah lakunya sudah lebih merosakkan peluang parti daripada menguntungkan. Paling tidak mencalar imej parti atau barangkali juga musuh dalam selimut mengorak langkah.

Jangan salah faham. Bukan saya menuduh Sanusi boleh menjejaskan peluang parti lalu diminta “cool off”. Apatah lagi beliau amat popular. Bukan juga saya kata beliau menguntungkan partinya. Saya tidak kata beliau menggunakan istilh Inggeris “boon or bane” untuk partinya. Itu masa akan menentukan.

Apa yang saya katakan ini berdasarkan pengalaman lalu – sesuatu yang pernah saya diberitahu dan juga lihat terjadi semasa saya membuat liputan politik khususnya menjelang pilihan raya zaman silam. Itu sahaja. FMT

Sanusi hang duk buat apa la ni?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker