Suami tetak isteri, kekasih gelap guna kapak

Seorang lelaki berusia 35 tahun didakwa menetak isteri dan kekasih gelap wanita itu sehingga mati menggunakan sebilah kapak selepas dia melihat mereka berdua-duaan, lapor laman berita NDTV.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Murai Baghel, didakwa membunuh kedua-dua mangsa di sebuah kampung di daerah Gwalior, dalam negeri Madhya Pradesh.

“Kejadian berlaku di kampung Semri, kira-kira 50 kilometer dari ibu pejabat daerah. Kedua-dua mangsa ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah.



“Suspek membunuh mereka dengan kapak selepas melihat mereka bersama-sama,” kata seorang pegawai polis, Vivek Kumar Sharma kepada agensi berita PTI.

Polis kini sedang memburu suspek yang melarikan diri. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker